Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan. Selamat Datang.

Contoh Soalan


Arahan :
Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti empat jawapan pilihan iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja.
1.     Televisyen ___________ itu dibeli  oleh abang pada minggu lepas.

A.   Tempua      B.  Waja        C.  Comel       D.  National

2.      Normah gemar membaca majalah _______________.

A.    Wira           B.  Proton Saga     C.  Toyota     D. Keluarga

3.      Bas yang mereka naiki meluncur laju menuju ke ____________.

A.    Kuala Lumpur      B. pantai       C.  sungai    D. desa

4.      Pejabat Datuk Azhar terletak di ______________.

A.    Menara Kaji Cuaca                  C.  Pantai Teluk Batik
B.     Menara Kawalan                       D.  Menara Tun Razak

5.      Emak menghadiahkan saya seutas ___________ sempena
hari  lahir yang ke sepuluh.

A.    kereta         B.  rumah          C.  payung       D. jam tangan

6.     Puan  Rosnani sedang membaca ____________  di ruang tamu.

A.    mesin cetak    B. radio       C.  surat khabar    D.  telefon

7.     Rakyat Malaysia amat mengagumi Tun Dr. Mahathir  
Mohamed. _____________ seorang pemimpin yang berkarisma.

A.    Dia             B. Mereka          C.  Beliau         D. Baginda




8.     Bendahara berkata , “Ampun _________, patik tidak tahu
      akan  perkara ini.”

A.    tuanku     B.  baginda          C. saya          D.  Beta

9.     ____________ suka bersukan atau membaca buku?

A.    Saya         B.  Awak              C. Aku             D. Beta

10. ____________  budak nakal  itu dimarahi oleh guru besar.

A.    Tiga                     C.  Ketiga
B.     Ketiga-tiga          D.  Dua pertiga.

11.____________,  berani kau menghina keluarga aku!

A.    Nah         B. Oh            C.   Cis            D. Alamak


12._____________, akhirnya  kau berjaya menjadi juara!

A.   Nah           B.  Alamak        C.  Wah     D. Syabas

13.____________ ,  tidur  lewat.
       A. Tolong         B. Sila                C. Jangan         D. Jemput
14.  Surat itu saya terima _______________ bapa  saudara  yang
       tinggal  _______________  Singapura.
A.    pada ............. ke
B.     dari .................. di
C.   daripada ................. di
D.   dari ............... ke   

15.  _____________ pemergian ibu, hidup kami  adik- beradik
        menderita.

A.    Umpama           C. Semenjak
B.     Pada                    D. Tentang


16.   Puan Rahmah menjaga anak angkatnya  ________________
        Menatang minyak yang penuh.
  
A.    bagi            B. bagai             C.   untuk               D. dengan

Soalan 17 hingga 19.
Pilih jawapan berdasarkan kata tanya yang sesuai.

17.  Pukul _____________kah kapal terbang dari  Kota Kinabalu
       akan tiba?

A.    apa              B.  berapa          C.   bila           D.  mana


18. _____________kah yang layak menjadi ketua kumpulan ini?

A.    Di mana                 C.  Siapa
B.      Bagaimana            D. Apa
19.  __________________  jenis  permainan tradisional yang kamu
       minati?
A.    Bilakah                     C.   Bagaimanakah
B.      Kenapakah             D.   Apakah

Soalan 20 hingga 22.
Pilih jawapan berdasarkan kata hubung yang sesuai.

20.  Mazuin menyanyi ____________ menari.
       
A.    sambil         B.  tetapi              C. walaupun            D. kecuali

21.  Semua  murid hadir ____________ Hasrul.

A.    tetapi          B. kecuali            C.  bahawa             D. agar

22.  Faisal tidak pasti _______________ hendak menyertai
       pertandingan itu ____________ tidak.
A.   makin............. makin
B.     sama  ada ..................... atau
C.   sungguhpun ................. namun
D.   bukan sahaja ...................... begitu juga

Soalan  23 hingg 25
Pilih jawapan berdasarkan penjodoh bilangan  yang betul.

23.  Kakak membeli beberapa __________ petai di pasar malam.
      
A.   biji           B.  ulas          C. buah            D. Papan

24. Penduduk Kampung Permai itu dalam ketakutan kerana kerap
       diserang  se______________  gajah.

A.   kawan                   C. baris
B.     angkatan              D. pasukan

25. Puan Laila merebus beberapa ___________ jagung di dalam
      periuk.

A.   biji           B. batang        C. buah          D. tongkol
       
26.  ____________ berpengalaman itu berjaya menemui harta karun di
       dasar laut.

A.   Jururawat                  C. Juruteknik
B.     Juruselam                  D. Jurulatih

27. _____________ majlis menjemput para tetamu mengambil tempat
      duduk masing-masing.

A.   Jurutaip                      C. Jurutera
B.     Juruwang                   D. Juruacara




Soalan 28 hingga 30 mengenai simpulan bahasa.
28.  Tulis Abu yang macam ______________ sukar untuk dibaca.

A.   cakar ayam             C. ringan tulang
B.     naik angin                 D. berat tangan

29.  Murid yang ____________ itu mudah memahami pengajaran guru di
      dalam  kelas.
A.    Buku lima                 C.  terang hati
B.     Makan suap             D.  mati katak

30.  Rizal merupakan  _____________ ibu dan bapanya kerana dia
       pandai.

A.   Anak emas              C. langkah kiri
B.     Anak angkat           D. terang hati

Soalan 31 hingga 33.
Pilih  jawapan kata ganda yang sesuai.

31.  Abang _____________  tidur semasa ibu pulang.

A.   pura-pura
B.     lama-lama
C.   tipu-tipu
D.   awal –awal

32. Ibu mengutip ____________ untuk dibuat bantal.

A.   Kekura                   C. bebola
B.     Kekabu                  D. kekuda

33. Mulut bomoh itu  ______________ sewaktu membaca  jampi.

A.   sedu-sedan          C. kumat-kamit
B.     kacau-bilau          D. riuh- rendah        
Soalan  34 hingga 36.
Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan imbuhan yang sesuai.

34. Pelancong _____________ dengan  keindahan pantai  di Malaysia.

A.   terpesona            C. tergoda
B.     terperasan           D. terkejut

35. Ayah _________________ hingga larut malam.

A.   berlari                    C. bertani
B.     bekerja                  D. berendam
Soalan  36 hingga 37
Pilih perkataan yang seerti (sinonim) bagi perkataan bergaris.

36. Penduduk Tanah Melayu hidup dalam kesengsaraan akibat
      daripada kekejaman tentera Jepun.

A.   kebijaksanaan
B.     kecekapan
C.   kebaikan
D.   kezaliman

37. Encik Azman akan berpencen bulan hadapan.

A.   bertukar            B. berlatih       C. bersara             D. berhenti


Soalan 38 hingga  39
Pilih  jawapan yang betul bagi ayat tanya berikut.

38. Abang kamukah  yang melukis gambar ini?
A.  Tidak , gambar itu sebenarnya bekas tangan kakak saya.
B.    Ya, gambar itu memang cantik.
C.  Abang  melukis gambar ini dengan cantik.
D.   Abang saya memang suka melukis.
39. Bilakah  perlawanan akhir itu akan diadakan?

A.  Perlawanan akhir itu melibatkan dua pasukan  gergasi.
B.    Perlawanan akhir itu mungkin akan ditunda.
C.  Perlawanan akhir  itu akan diadakan di Stadium Merdeka.
D.   Perlawanan akhir itu akandiadakan pada malam esok? 

Soalan 40
Pilih ayat yang betul.

40. I       Kedua anak Puan Hani tinggal di kampung.
     II       Mak  Andam  kena pakaian pada pengantin itu.
     III      Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan balai
              raya.
     IV     Kami terkejut apabila mendengar jeritan itu.

A.     I dan II
B.       II dan III
C.     III dan IV
D.     I, II dan III.



Selamat menjawab dan berjaya.  

No comments:

Post a Comment