Contoh-contoh
karangan
(UPSR).
1
Karangan
bentuk Naratif.
Karangan jenis ini berdasarkan tajuk
ataupun gambar iaitu gambar tunggal atau bersiri. Jawapan haruslah berdasarkan
gambar yang diberikan. Tuliskan perkara mengenai setiap gambar iaitu suasana waktu, jumlah orang yang terlibat, perkara
yang sedang dibuat dan sebagainya . Gambar bersiri pula pelajar haruslah
meneliti kesemua gambar. Ini kerana untuk mendapat gambaran keseluruhan cerita.
Kemudian baharullah calon menulis cerita tersebut. Ada kalanya calon akan diuji tanpa gambar dan
cerita ditulis mestilah bukan berbentuk khayalan tetapi rekaan yang logik dalam
paparan ceritanya
Karangan ini juga dikenali sebagai karangan
cerita sebenar.
Karangan 1
Tajuk: Melastik Burung
Pada
hari Isnin, Abu mengajak Ali
untuk melastik burung. Mereka membawa lastik dan beberapa biji batu
untuk tujuan tersebut.
Mereka berjalan-jalan di kawasan hutan
yang terdapat di belakang rumah Abu. Di kawasan hutan itu terdapat banyak jenis
burung. Antara jenis burung yang berterbangan di kawasan itu ialah burung merbuk, pipit , dan tekukur .
Setibanya
di sebatang pokok, Abu ternampak seekor
burung merbuk yang bertenggek di atas sebatang dahan . Abu ingin melastik
burung itu. Ali melarang Abu berbuat demikian kerana terdapat sarang tebuan di
bawah dahan tersebut. Abu tidak mengendahkan kata-kata tersebut.
Abu membidik sasaran yang hendak dituju.
Setelah pasti dia melepaskan anak batu tersebut. Malang tidak berbau, anak batu
itu terkena sarang tebuan . Tebuan-tebuan itu menyerang Abu dan Ali. Mereka
berdua cuba melarikan diri.
Walaupun berjaya menyelamatkan diri, Abu
dan Ali telah disengat oleh beberapa ekor tebuan. Setibanya di rumah, emak Abu
membawanya ke klinik yang berhampiran. Ibu Abu turut menasihati nya agar tidak
mengulangi perbuatan tersebut. Setelah menerima rawatan , Abu dan Busu pulang
ke rumah.
Abu menyesal kerana tidak menghiraukan
nasihat kawannya Ali. Dia meminta maaf kepada Ali.. Dia bertekad tidak akan
melastik burung lagi.
Karangan 2
Tajuk: Mengisi Masa Lapang
Masa sangat berharga. Masa
diumpamakan seperti emas. Oleh itu, kita mestilah mengisi masa lapang dengan
kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Banyak perkara yang dapat dilakukan untuk
mengisi masa lapang.
Antaranya mengumpul setem
sebagai satu hobi yang berfaedah. Mengumpul setem bukan sahaja dapat menambah
koleksi kita tetapi banyak manfaatnya. Kita dapat mengenali banyak
negara-negara luar melalui setem-setem yang dikumpul. Malahan kenalan kita juga
bertambah apabila kita menukar-nukar koleksi setem kita.
Selain itu kita juga dapat menyertai
badan-badan beruniform seperti pengakap. Melalui kegiatan ini bukan sahaja kita
dapat berdisiplin tetapi juga mempelajari banyak perkara untuk hidup berdikari.
Bersukan juga membantu kita mengisi
masa lapang . Melalui bersukan kita dapat menjaga kesihatan. Bersukan juga
dapat mengharumkan nama sekolah melalui kejayaan-kejayaan yang diraih. Kita
juga dapat menambah kenalan melalui bersukan.
Membaca juga kegiatan yang berfaedah
untuk dilaksanakan pada waktu lapang. Membaca juga bukan sahaja dapat
merehatkan minda tetapi juga menambah pengetahuan kita. Membaca juga dapat
menambah maklumat kepada kita.
Jangan kita membazir masa. Oleh itu,
masa diisi dengan perkara- perkara yang
berfaedah.
Tambah ilmu pengetahuan,ia sangat sesuai untuk PDP dalam kelas.
ReplyDeleteblog menarik. taniah...
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDelete